Apa yang kita alami demi seorang sahabat kadangkala melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering disajikan dengan pelbagai dugaan tetapi persahabatan dalam erti kata sebenar sudah pasti mampu mengatasi setiap dugaan yang mendatang, bahkan tumbuh dan berkembang kerananya.
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan satu proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya pada sahabat, dia akan memberanikan diri menegur apa adanya dengan cara yang paling terhormat.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau dan akan berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dan kesetiaan tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi untuk mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh seorang sahabat.
Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang mampu mendapatkannya.
Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu
hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Akhir kata hargailah sahabat anda..
No comments:
Post a Comment